KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa hanya Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional (BN) boleh membuat keputusan berhubung pembentukan kerajaan campuran antara BN dan Pakatan Harapan (PH).
Katanya, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan juga biro politik yang lain tidak mempunyai hak untuk memutuskan mengenai perkara itu.
“Presiden tiada hak, biro politik pun tiada hak.
“Hanya MT BN sahaja boleh membuat keputusan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Terdahulu, Ahmad Zahid menegaskan bahawa beliau sahaja yang layak dalam menentukan apa-apa gabungan politik bersama BN dalam penubuhan kerajaan.
Sementara itu, ketika disoal mengenai jemputan pertemuan yang diadakan pada pagi ini di Hotel Seri Pacific di sini, Ismail Sabri berkata, beliau menerima jemputan daripada Setiausaha UMNO Pahang.
Katanya juga, semua Ahli Parlimen Pahang, dijemput hari ini. – KOSMO! ONLINE