KUALA LUMPUR – “Semua calon Barisan Nasional (BN) telah menandatangani perjanjian tertentu.”
Demikian jawapan ringkas yang diberikan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bagi menjawab pertanyaan mengenai status Ahli Parlimen BN yang enggan mengikuti hala tuju Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Namun intipati aku janji yang dimaksudkan tidak diperincikan lebih lanjut.
Terdahulu, Ahmad Zahid menegaskan bahawa beliau sahaja yang layak dalam menentukan apa-apa gabungan politik bersama BN dalam penubuhan kerajaan.
Beliau turut menegaskan kepada mana-mana Ahli Parlimen yang melanggar arahan parti akan mengakibatkan pelepasan keahlian termasuk kerusi Parlimen. – KOSMO! ONLINE