fbpx

Dagangan borong, runcit rekod jualan RM111.4 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ekonomi negara terus menunjukkan tanda pemulihan dengan perdagangan borong dan runcit merekodkan nilai jualan berjumlah RM111.4 bilion pada Ogos 2020.

Meskipun merosot 2.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, prestasi tersebut merupakan pertumbuhan positif sebanyak 2.5 peratus berbanding Julai 2020.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, nilai jualan itu merupakan angka tertinggi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan Covid-19, malah mengatasi jualan pada Februari lalu yang berjumlah RM109 bilion.

“Semua subsektor terus menunjukkan pemulihan didorong oleh kenderaan bermotor yang merekodkan pertumbuhan positif dua bulan berturut-turut pada satu peratus berbanding Ogos 2019.

“Perdagangan runcit turut berada di landasan pemulihan dengan -1.5 peratus tahun ke tahun daripada -3.8 peratus pada bulan sebelumnya, manakala perdagangan borong bertambah baik kepada -3.9 peratus pada Ogos berbanding daripada -4.5 peratus pada Julai 2020,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluar­kan di sini semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI