fbpx

Pendapat Ahli Parlimen BN perlu diambil kira- Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa rundingan antara Barisan Nasional (BN) dengan mana-mana gabungan perlu mengambil kira kepentingan parti itu.

Perkara itu disampaikan oleh anaknya, Nooryana Najwa menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Najib, rundingan tersebut perlu mengenepikan perbezaan sentimen serta mengambil kira pendapat semua Ahli Parlimen BN yang berjaya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Sekiranya BN perlu berunding dengan mana-mana gabungan, maka rundingan ini patut mengambil kira kepentingan jangka masa panjang UMNO dan BN dan bukannya untuk kepentingan sementara,” jelasnya.

Dalam pada itu, Najib juga meluahkan perasaan rindu terhadap sahabat-sahabatnya dalam BN.

Beliau berkata, harapan dan kepercayaannya bahawa UMNO dan BN merupakan parti keramat, pasti akan bangkit semula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI