fbpx

Trafik sesak 13.1km dari Lanchang ke Karak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trafik perlahan sejauh 13.1km dari Lanchang ke Karak

PETALING JAYA – Aliran trafik lebuh raya utama menghala ke ibu kota dilaporkan semakin sesak.

Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dalam laporan melalui Twitter rasminya berkata, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) masih mengalami alami trafik perlahan arah ibu kota, Kuala Lumpur.

Menurut LLM, kenderaan bergerak perlahan sepanjang 14km dari Karak ke Bentong, 12km dari Bentong ke Bukit Tinggi dan sejauh 15.5km dari Genting Sempah ke Gombak setakat pukul 6.36 petang tadi.

Sementara di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1), trafik sesak sejauh 13.1km dari Lanchang ke Karak arah Barat, Kuala Lumpur,

Sehubungan dengan itu, LLM menasihati mereka yang bergerak pulang ke ibu kota agar berhati-hati ketika memandu. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI