fbpx

Mental pemain jadi penentu Selangor FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD Gergasi Merah sudah bersedia menggempur skuad Sang Penyu pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus malam ini.

KEMAMPUAN pemain menyerap tekanan berdepan ribuan penyokong lawan bakal penentu hala tuju Se­langor pada aksi menentang Terengganu (TFC) pada aksi separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam ini.

Menyedari gelanggang la­wan akan dipenuhi penyokong lawan, pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe menuntut kesabaran daripada anak-anak buahnya dan tidak terlalu terikut-ikut dengan suasana di stadium.

“Kami tidak boleh selamanya bertahan dan kami perlu bersabar apabila ber­kunjung ke tempat lawan. Bagi saya, ia bukan tugas mudah berkunjung ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

“Jadi untuk pergi lebih jauh, saya harap pemain mampu serap tekanan. Kami kena ambil situasi di stadium itu sebagai motivasi untuk harungi perlawanan yang sukar,” katanya.

Red Giants dilihat makin hampir untuk mengesahkan pentas final buat kali pertama dalam tempoh enam tahun selepas raih kemena­ngan 3-1 pada aksi pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Rabu lalu.

Sementara itu, tonggak tengah Selangor, Brendan Gan juga hampir senada dengan Cheng Hoe dan me­rasakan keyakinan pasukan bakal menjadi elemen terpenting untuk cuba atasi Terengganu.

“Selepas mengharungi musim tidak menentu, saya rasa kami sudah pamer pe­ningkatan dan apa yang saya fikirkan sekarang adalah soal kepercayaan terhadap pasukan,” kata Brendan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI