fbpx

Peminat marah bayar hampir RM1,000 semalam, tempat penginapan Piala Dunia seperti ‘kotak kasut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan kabin yang didirikan untuk menempatkan peminat bola sepak menjelang Piala Dunia di Qatar. – SHEKHARBHATIA

DOHA, Qatar – Menjelang kejohanan terbesar FIFA iaitu Piala Dunia Qatar, sebuah perkampungan rasmi yang dijangka boleh menempatkan seramai 60,000 peminat bola sepak masih menyerupai tapak pembinaan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Kawasan penginapan Rawdat Al Jahhaniya yang menghadap Stadium Ahmad bin Ali itu dilaporkan dipenuhi mesin industri dan rumput koyak.

Peminat berkata di media sosial bahawa kediaman kabin berharga sekitar £170 (RM970) semalam, yang dibuka kelmarin itu bukanlah seperti mereka bayangkan.

Menurut portal penginapan Piala Dunia Qatar, kampung peminat itu mempunyai skrin pawagam dan gelanggang tenis, namun kedua-dua kemudahan itu masih belum dapat dilihat oleh peminat bolasepak.

“Pusat kecergasan/gimnasium pula hanyalah beberapa peralatan senaman luar,” demikian menurut foto dan rakaman oleh peminat.

Foto peminat menunjukkan bilik penginapan kosong berwarna kelabu (pilihan antara bilik double atau bilik suite berkembar) yang dihiasi lampu kotak kecil. Setiap kabin penginapan mempunyai kemudahan membuat kopi dan teh, dua botol air minuman setiap hari serta sebuah peti sejuk.

Terdapat van Starbucks mudah alih yang diletakkan di perkampungan peminat itu dan sebuah dewan makan berkhemah yang besar dan menyajikan makanan seperti piza serta burger.

Di luar, kelihatan plastik sampah hitam dan kotak kadbod dilonggokkan di belakang tapak berkenaan.

Seorang peminat bola sepak dari Wales memberitahu MailOnline: “Saya mungkin akan membayar dua kali ganda wang untuk datang dan melihat negeri  saya bermain”.

“Namun, biar benar! Adakah ini tempat penginapan kami. Kabin logam tanpa pengudaraan, cahaya yang sangat sedikit dan seperti kotak kasut?

“Tidak banyak ruang untuk bergerak atau menyimpan bagasi anda. Sebuah meja kecil boleh memuatkan semangkuk emping jagung,” katanya

Milad Mahmooditar, 32, dari Teheran, pula berkata, dia memiliki ketinggian 182.88 sentimeter (6 kaki) dan katilnya terlalu kecil untuk dia tidur.

“Bilik air pula terlalu kecil dan anda sukar bergerak tanpa melanggar meja kecil atau menendang katil,” katanya.

Milad mendakwa bahawa unit pendingin hawa yang disediakan ‘menghasilkan bunyi bising sehinggakan anda tidak boleh tidur’.

‘Saya telah membayar sekitar AS$200 (RM920) untuk setiap malam dan saya tahu bahawa untuk harga AS$100 (RM455), saya boleh mendapatkan hotel bertaraf lima bintang dengan penginapan penuh,’ katanya.

‘Ini bukan cara untuk melayan pelawat di mana-mana negara. Kami telah membayar begitu banyak wang untuk sampai ke sini. Saya kecewa tentang perkara ini dan saya marah,” katanya.

Seramai 1.5 juta pelawat dijangka berkunjung ke Qatar semasa Piala Dunia tahun ini. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI