fbpx

PN, BN dakwa cukup majoriti tubuh kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Teck Lee (kiri) ketika ditemui media selepas bertemu Muhyiddin sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) termasuk Barisan Nasional (BN) didakwa mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan tanpa kerjasama Pakatan Harapan (PH).

Perkara itu dimaklumkan Presiden Parti Progresif Sabah Progresif, Datuk Seri Yong Teck Lee, Datuk Seri Yong Teck Lee ketika ditemui selepas meninggalkan kediaman Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

“PN sudah habis bincang bentuk kerajaan. Kedudukan masa kini, kita yakin akan selesai secepat mungkin.

“PN bawah kepimpinan Muhyiddin sudah ada majoriti termasuk BN,” katanya.

Dalam pada itu, beberapa pemimpin tertinggi PN juga dilihat memasuki kediaman Presiden Bersatu itu sejak pagi tadi.

Antara yang hadir, Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang, Timbalannya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dan Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari.

Terdahulu, Muhyiddin juga telah menerima kunjungan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pertemuan pemimpin-pemimpin PN itu yang berlangsung di kediaman Muhyiddin hari ini merupakan sebahagian usaha untuk membentuk kerajaan.

Ia susulan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang menyaksikan tiada mana-mana parti politik memperoleh majoriti 50 peratus daripada 219 kerusi parlimen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI