fbpx

Pasangan suami isteri ubah suai badan sebanyak 98 kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN itu melakukan 98 kali pengubahsuaian badan. - Javier Pierini / Guinness World Records

MONTEVIDEO, Uruguay – Sepasang suami isteri dari rantau Amerika Selatan memperoleh pengiktirafan Guinness World Records untuk kategori bilangan tindikan, mikrodermal, implan badan dan pengubahsuaian paling banyak, lapor akhbar New York Post semalam.

Victor Hugo dari Uruguay dan Gabriela Peralta dari Argentina melakukan 98 pengubahsuaian pada badan mereka. 

Merreka mula mendapat pengiktirafan untuk pengubahsuaian badan paling banyak (kategori pasangan berkahwin) iaitu 84 kali pada 2014.

Sejak rejak rekod itu disahkan, pasangan itu mendapatkan lebih banyak tatu dan mengubah suai badan mereka. 

Pasangan itu mempunyai 50 tindikan, lapan mikrodermal, empat pengembang telinga, dua bolt telinga dan satu lidah bercabang. Kedua-dua mereka turut mencacah tatu pada mata masing-masing.

Mereka telah berkahwin selama 14 tahun setelah kali pertama kali bertemu dalam satu acara motosikal 24 tahun lalu. Sejak itu, mereka berkongsi minat mengubahsuai badan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI