fbpx

Dollah pening, enam pemain utama cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOLLAH berdepan kesukaran apabila enam tonggak utama Tok Gajah mengalami kecederaan menjelang saingan Piala Malaysia yang dijadualkan berlangsung penhujung bulan ini.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

PENGENDALI Pahang, Dollah Salleh semakin pening selepas tiga lagi pemainnya diusung ke bilik rawatan, sekali gus menambah senarai kecederaan pemain pasukannya.

Bekas pengendali Harimau Malaya itu berkata, Adam Reed, Faisal Abdul Halim dan Zuhair Aizat Nazri menjadi pemain terbaharu mengalami kece­deraan selepas Dickson Nwakaeme, Harold Goulon dan R. Dinesh.

Begitupun, Dollah berharap penundaan tarikh sepak mula Piala Malaysia diharap memberi rahmat untuk beliau me­ngumpul kesebelasan utama skuad Tok Gajah sebelum kejohanan berprestij berkenaan membuka tirai.

“Tarikh sepak mula Piala Malaysia pada 25 Oktober ini sedikit sebanyak beri kebaikan kepada Pahang. Saya percaya dengan pulihnya tonggak utama,­ kami mempunyai pasukan yang mantap.

“Goulon mungkin sempat pulih, tapi saya tidak pasti de­ngan peluang Nwakaeme kerana kecederaannya agak teruk,” katanya selepas aksi terakhir Liga Super menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Mi­zan Zainal Abidin, Kuala Terengganu kelmarin.

Pada aksi itu, skuad Tok Gajah tumbang 1-2 dalam aksi derbi Pantai Timur sekali gus terpaksa berpuas hati menamatkan saingan Liga Super musim ini di tangga ketujuh manakala Terengganu FC gah di kedudukan ketiga.

Dollah berkata, beliau optimis Adam dan Dinesh yang masing-masing mengalami kecederaan hamstring dan bahu mampu pulih dalam tempoh dua minggu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI