fbpx

Rossi anggap insiden paling memalukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSSI gagal melengkapkan satu pusingan perlumbaan di GP Perancis apabila terjatuh pada selekoh pertama kelmarin. – AFP

LE MANS – Pelumba pasukan Yamaha Monster Energy, Va­lentino Rossi mengakui malu apabila gagal menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Pe­rancis di Litar Le Mans malam kelmarin.

Juara dunia sembilan kali itu bukan sahaja tidak menamatkan saingan, malah dia juga gagal melengkapkan sekurang-kurangnya satu pusingan apabila terjatuh seawal selekoh pertama perlumbaan.

Justeru, Rossi berkata, dia kecewa dengan insiden ber­kenaan memandangkan dia memerlukan satu pusingan bagi memahami jentera, le­bih-lebih lagi berlumba dalam keadaan litar basah.

“Situasi yang cukup memalukan apabila terjatuh se­perti itu seawal selekoh pertama perlumbaan. Lebih teruk, saya juga gagal melengkapkan pusingan pertama perlumbaan bagi memahami kemampuan serta potensi jentera.

“Nasib tidak menyebelahi saya ketika ini kerana dalam tiga perlumbaan terakhir, saya gagal mengutip sebarang mata. Saya berada dalam keadaan cukup sukar ketika ini,” kata Rossi yang berada di kedudukan ke-13 senarai kejuaraan dunia.

Sementara itu, pelumba berusia 41 tahun berkenaan menegaskan, faktor litar basah turut memberi kesan terhadap kemampuan jentera Yamaha pada perlumbaan tersebut.

“Amat mengecewakan kera­na Yamaha memiliki kemam­puan yang sangat baik di atas litar kering, namun perlumbaan hari ini (kelmarin) berlangsung dalam keadaan hujan, jadi ia mengehadkan potensi kami,” luahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI