fbpx

Bodyflasshh tembusi pasaran Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azlin Hilda (tengah) pada majlis pengenalan dua duta baharu produk Bodyflasshh Queen dan Bodyflasshh Drinks di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – AAG Global Resources bakal aktif menembusi negara jiran khususnya ke Jakarta, Indonesia untuk mempromosikan produk penjagaan kesihatannya yang berjenama Bodyflasshh mulai tahun depan.

Pengasas syarikat, Azlin Hilda Abdul Latif berkata, ini adalah inisiatif syarikat untuk meluaskan rangkaian dan penguasaan pasarannya ke pasaran antarabangsa ekoran negara jiran itu memiliki beberapa faktor yang bersesuaian untuk memenuhi misi pengembangan syarikat untuk jangka panjang.

Menurut beliau, faktor lain adalah potensi pasaran bagi produk penjagaan kesihatan di negara berkenaan dan juga permintaan daripada pelanggan terhadap produk buatan Malaysia yang semakin bertambah kini.

“Untuk pasaran domestik, kami juga mengunjurkan jualan berganda pada tahun depan ekoran keyakinan kukuh pelanggan sedia ada terhadap Bodyflasshh sejak mula dilancarkan dua tahun lalu.

“Kejayaan memasarkan produk dalam tempoh pandemik memberi rezeki kepada syarikat kerana ia tepat pada waktunya membantu pelanggan yang lebih banyak menghabis masa di rumah dapat membantu mereka mengawal berat badan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelantikan dua duta baharu untuk produk keluaran syarikat Bodyflasshh di sini baru-baru ini.

Buat masa sekarang, syarikat memasarkan dua produk utamanya iaitu Bodyflasshh Queen dan Bodyflasshh Drink yang dijual pada harga antara RM69 hingga RM89 sekotak melalui pemasaran secara online dan juga melalui ejen dan stokis di seluruh negara.

Mengulas lanjut, Azlin Hilda menerangkan, produk BodyFlasshh Drinks yang menawarkan tiga perisa itu bersesuaian untuk pelanggan yang berusia 18 tahun ke atas.

Pengambilan secara sihat dengan mengamalkan minum lapan gelas air suam sehari dan menghentikan minuman bergas serta mengamalkan konsep makanan suku suku separuh bakal mempercepatkan lagi proses mendapatkan berat badan yang ideal mengikut kesesuaian faktor umur dan tahap kesihatan.

“Namun produk ini tidak bersesuaian untuk ibu yang sedang hamil, mereka yang mempunyai penyakit jantung serta darah tinggi kronik,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI