fbpx

Wanita kongsi pengalaman ditimpa hujan batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video hujan batu di Jasin, Melaka.

PETALING JAYA – Fenomena hujan batu yang didakwa berlaku di Kampung Rim Jasin, Melaka telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen di TikTok, hari ini.

Menerusi video berdurasi 41 saat yang dirakam dan dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial, kis_88, wanita berkenaan yang ketika itu berada di dalam kereta berasa terkejut apabila hujan yang menimpanya adalah berbentuk ais batu.

“Sewaktu melangkah keluar dari kereta, kepala saya terasa seakan dibaling batu,” katanya yang tidak henti-henti mengucap.

Susulan itu, video berkenaan meraih pelbagai reaksi daripada netizen dan ada juga yang sempat berkongsi pengalaman mereka mengalami situasi yang sama.

“Tidak mengapa jika tidak terdapat ribut kencang. Saya juga pernah berhadapan situasi sama, tetapi bezanya pada waktu itu hujan batu turun sekali dengan ribut kencang sehingga menyebabkan bumbung rumah terbang,” kata seorang pengguna.

“Saya sudah terbiasa melihat fenomena hujan batu seperti ini tetapi di lokasi berbeza. Tahun lepas rasanya berlaku di daerah Semenyih,” komen seorang pengguna lain pula.

Seorang netizen lain di laman sosial itu berkata, dia pernah merasai suasana berlakunya kejadian seumpama itu sewaktu dia masih kecil.

“Arwah ibu saya pernah berpesan, jangan bermain hujan batu kerana risau akan jatuh sakit atau demam panas. Wallahuallah, semoga semuanya sihat-sihat sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang mempertikaikan kesahihan kejadian yang agak pelik itu.

“Biar betul hujan batu? Tapi mengapa pula kereta anda basah dan seperti disiram air sahaja,” tulis seorang pengguna TikTok.

“Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang tapi lagi elok jika turun hujan emas. Kaya juga pak cik nanti,” ujar seorang lagi warga maya sambil berseloroh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI