fbpx

Piala Dunia: Benzema ‘putih mata’ aksi Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENZEMA mengalami kecederaan paha apabila tisu pada ototnya terkoyak menyebabkan dia terpaksa melupakan aksi Piala Dunia kali ini. – AFP

DOHA – Juara bertahan, Perancis menerima berita mengejutkan apabila terpaksa mengharungi kempen Piala Dunia 2022 tanpa Karim Benzema kerana masalah kecederaan.

Benzema, 34, dilaporkan mengalami koyak tisu otot pada bahagian paha kirinya ketika menjalani latihan penuh buat kali pertama bersama skuad Les Bleus di Doha kelmarin.

Persekutuan Bola Sepak Pe­rancis (FFF) mengesahkan, penyerang sensasi Real Madrid itu terpaksa melupakan saingan Piala Dunia kali ini yang sudah membuka tirainya secara rasmi awal pagi tadi.

“Benzema telah melakukan MRI (pengimejan resonans magnetik) di salah sebuah hospital di sini (Doha) dan mengesahkan memang koyak otot,” katanya.

Situasi itu sememangnya mengecewakan Benzema yang mengidamkan trofi Piala Dunia selepas kali terakhir beraksi bersama Perancis di pentas berprestij dunia tersebut sewaktu edisi 2014 di Brazil.

“Bagaimanapun, saya tidak pernah berputus asa dalam kehidupan saya. Mungkin ini adalah petanda untuk orang lain menggantikan tempat saya untuk bermain di Piala Dunia,” jelasnya.

Ketua Jurulatih Perancis, Didier Deschamps pastinya pe­ning kepala memikirkan nasib dialaminya memandangkan ini adalah kali kedua beliau terpaksa memanggil pemain baharu ke Qatar.

Terdahulu, bintang RB Leipzig, Christopher Nkunku digugurkan selepas mengalami kecederaan lateral cruciate ligament disebabkan terjahan keras daripada Eduardo Camavinga dalam sesi latihan Perancis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI