fbpx

Putus cinta Janna Nick, Dini hanya gimik?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMUNCULAN Janna dan Dini dalam video TikTok Avin Chong menimbulkan spekulasi bahawa dakwaan putus cinta antara mereka hanyalah gimik.

PETALING JAYA – Kelibat pasangan Janna Nick dan Dini Schatzmann dalam hantaran terbaharu TikTok milik pelakon Alvin Chong mengundang pelbagai spekulasi tentang kisah putus cinta mereka yang hangat diperkatakan sejak minggu lalu.

Dalam hantaran yang dikongsikan, kelihatan Alvin sedang menyanyi sebelum tiba-tiba Janna muncul diikuti dengan Dini dalam video tersebut.

“Entah siapa yang buat lirik,” tulis Alvin ringkas.

Kemunculan pasangan itu sekali gus menimbulkan teka-teki netizen sehingga ada yang beranggapan kisah mereka telah putus cinta pada minggu lalu hanya satu gimik semata-mata.

“Tak putus lagi kan? Harap mereka ke jenjang pelamin dan kekal bersama selamanya,” kata seorang netizen.

“Kata dah putus (cinta) mereka berdua ini. Elok pula masih bersama,” kata seorang lagi pengguna Tiktok.

“Gimik dan marketing,” komen seorang individu.

Tinjauan Kosmo! Online dalam Instagram milik Janna bagaimanapun mendapati pelakon berusia 27 tahun itu berkongsi video bangunan di Eropah dengan berlatar belakang lagu I Hate This Part nyanyian kumpulan The Pussycats Dolls.

Terdahulu, bekas pengacara Melodi itu memuat naik status dalam Instagram seakan-akan memberi bayangan sudah putus cinta.

“Kepada kamu, mogakan berbahagia. Kini cinta kita telah berakhir untuk selamanya,” tulisnya.

“Janna, 27 Tahun, single, tak suka buka bungkusan, sambal,” coret penyanyi lagu Gatal itu lagi dalam hantaran seterusnya.

Ketika ini, Dini juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut selain dilihat masih lagi mengikuti akaun Instagram Janna.

Malah pengurus kedua-dua pelakon itu dikenali sebagai Fie juga tidak dapat menghubungi mereka.

Hubungan cinta mereka mekar selepas terbabit dalam drama bersiri Bukan Cinta Aku sekitar 2018 yang turut menjalani penggambaran di Itali.

Malah percintaan mereka juga tampak utuh apabila aktor berdarah kacukan Melayu-Switzerland itu sering menyatakan mahu mengukuhkan ekonomi dahulu sebelum menyunting Janna menjadi suri hatinya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI