PETALING JAYA – Hantaran Facebook bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa hari ini menarik perhatian ramai kerana diyakini ‘ditujukan’ kepada seseorang.
Hantaran tersebut dipercayai berkaitan dengan keputusan mengecewakan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berakhir semalam.
“Hari ini saya ke kedai gunting biasa saya di Bangsar. Rambut agak panjang. Lama bertangguh,tak potong lebih awal.Kadang kadang menyusahkan.
Tak perlu rasa sayang nak potong rambut. Potong je lagi kemas selepas di potong. Kadangkala bersama rambut yang panjang, banyaklah kutu di kepala.
“Kutu yang kenyang, kita tak dapat faedah apa-apa. Jika mahu segak kembali,segera potong, murah saja,” katanya.
Sebelumnya Kosmo! melaporkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi supaya meletakkan jawatan sebagai presiden dengan segera.
Beliau berkata, usaha untuk memulih dan memperbaiki parti ini perlu bermula sekarang dan sekiranya berbuat demikian, parti tidak akan memenangi satu kerusi pun pada masa akan datang. – KOSMO! ONLINE