fbpx

Fizo Omar harap gabungan baik antara parti politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAMA seperti rakyat lain, Fizo Omar turut mengharapkan pemimpin berwibawa mentadbir negara selepas ini.

PETALING JAYA – “Bergabunglah dengan cara baik demi bangsa dan agama.”

Demikian coretan diluahkan pelakon, Fizo Omar berikutan status keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) masih menjadi tanda tanya buat seluruh rakyat.

Fizo atau nama lengkapnya Wan Hafizol Wan Omar meluahkan rasa kesal dalam hantaran Instagram miliknya kerana setakat ini, masih belum diputuskan pemimpin mana yang layak mentadbir negara.

Menurutnya, rata-rata masyarakat telah menjalankan tanggunjawab sebagai rakyat dengan turun membuang undi semalam namun sehingga hari ini masih tiada keputusan muktamad yang dibuat.

“Kami rakyat menanti dan terus menanti. Kami sudah lakukan bahagian kami, sekarang terserah kepada kalian wahai pemimpin sekalian,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.

Pada masa sama, pelakon juga pengacara itu memohon para pemimpin untuk tidak mementingkan diri sebaliknya lebih memikirkan soal keselamatan negara dan rakyat dalam membuat keputusan.

“Ketepikan soal penting diri, kuasa dan harta demi menyelamatkan negara kita.

“Soal agama dan bangsa kita harus diutamakan. Saya tidak sanggup melihat kita dijajah di depan mata dan di tanah air sendiri,” tambahnya.

Semalam, pelakon drama Surat Dari Langit Biru itu pulang ke kampung halaman di Kelantan menunaikan tanggungjawabnya membuang undi di Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 1, Selinsing, Pasir Puteh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI