fbpx

Muhyiddin jumpa Hadi Awang, Premier Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin (tengah) menerima kunjungan Abang Johari (kanan) dan Abdul Hadi (kiri) pada pagi ini.

PETALING JAYA – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Selain beliau, turut hadir pada pertemuan itu ialah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bagi membincangkan pembentukan kerajaan persekutuan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Muhyiddin menerusi gambar yang dimuat naik pada media sosial beliau.

“Pagi ini saya menerima kunjungan Tan Sri Abang Johari, Premier Sarawak dan Tan Sri Abdul Hadi untuk membincangkan pembentukan kerajaan persekutuan.

“Rundingan juga sedang dibuat dengan parti-parti lain yang sehaluan dan ahli Parlimen bebas. Insya-Allah, kerajaan persekutuan akan dapat dibentuk dalam masa terdekat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI