PETALING JAYA – Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican ‘tersungkur’ setelah dua penggal berturut-turut memegang kerusi Parlimen Kepala Batas dalam Pilihan Raya Umum sebelum ini.
Calon Barisan Nasional itu, tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN) daripada Pas, Dr. Siti Mastura Mohamad yang menang dengan majoriti 2,867 dengan undian sebanyak 28,604.
Kedudukan tersebut diikuti calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Danial Abdul Majeed (14,214 undi) dan calon dari parti Pejuang yang mewakili Gerakan Tanah Air (GTA), Hamidi Abu Hassan (747 undi). – KOSMO! ONLINE