fbpx

PRU15: [RASMI] PN rampas Jerlun, Mukhriz hilang deposit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Ghani (kiri) dan Mukriz (kanan).

PETALING JAYA – Kerusi Parlimen Jerlun akhirnya dirampas calon Perikatan Nasional, Dr. Abd. Ghani Ahmad selepas menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir yang bertanding atas tiket Pejuang.

Berdasarkan keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya, Abd. Ghani meraih 31,685 undi dengan majoriti sebanyak 20,456 mengalahkan kesemua pencabarnya.

Susulan itu, anak kepada bekas Perdana Menteri itu hanya berjaya mendapat 3,144 undi.

Difahamkan, ini merupakan kali kedua Mukhriz, Othman dan Abd. Ghani berentap selepas bertanding di kawasan sama pada PRU14.

Pada PRU14, Mukhriz yang bertanding di bawah logo PKR memenangi kerusi tersebut setelah memperoleh 18,695 undi, iaitu 5,866 undi mengatasi Abd. Ghani yang berada di kedudukan kedua dengan 12,829. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI