BINTANG realiti rancangan Bigg Boss 14, Pratik Sehajpal dituduh sebagai seorang lelaki agresif dan panas baran oleh bekas teman wanitanya yang juga pelakon, Pavitra Punia.
Beberapa artikel tentang aktor berusia 27 tahun itu menyebut bahawa dia pernah menumbuk dinding ekoran naik marah.
Bagaimanapun, Pratik dalam satu kenyataannya berkata, sepanjang hidupnya, dia tidak pernah sesekali mencederakan individu lain walaupun dituduh sebagai agresif.
“Saya menumbuk dinding dan itu objek tidak bernyawa.
“Itu lebih baik daripada saya menumbuk muka seseorang,” ujarnya.
Katanya lagi, bertindak agresif bukanlah suatu kesalahan kerana itu salah satu cara seseorang melepaskan emosi.