IPOH – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki tewas di Parlimen Gerik apabila sekadar memperoleh 13,728 undi.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu tewas di kubu kuat BN kepada calon Perikatan Nasional (PN), Fathul Huzir Ayob yang memperoleh 15,105 undi manakala calon Pakatan Harapan (PH), Ahmad Tarmizi Mohd. Jam pula dengan 5,779 undi. – KOSMO! ONLINE