BERA – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya mengekalkan kemenangannya di kerusi Parlimen Bera dengan majoriti yang lebih besar.
Beliau memperoleh 31,762 undi sekali gus menewaskan dua pencabar lain dengan majoriti 16,695 undi.
Calon Pakatan Harapan (PH), Abas Awang meraih 15,067 undi manakala Datuk Asmawi Harun (PN) mendapat 12,719 undi.
Keputusan rasmi diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Bera, Datuk Zaman Azam Mohamat Sarif, pada pukul 12.45 tengah malam di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera (MDB), di Bera, hari ini.-KOSMO! ONLINE