PETALING JAYA – Keputusan rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Rafizi Ramli menang selesa selepas mendapat majoriti 48,296 menewaskan empat calon lain di Parlimen Pandan.
Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) meninggalkan pesaing terdekat, Farique Zubir dari Perikatan Nasional dengan jumlah undi keseluruhannya sebanyak 74,002.
Oleh itu, kerusi Parlimen yang dahulunya disandang Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kekal di bawah PH. – KOSMO! ONLINE