PETALING JAYA – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen itu meraih sebanyak 22,572 undi menewaskan pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH), Hasni Abas (11,692) dan Perikatan Nasional (PN), Joe Aziz iaitu 6,666.
Terdahulu, pada PRU14, Hishammuddin memenangi Parlimen Sembrong dengan majoriti 6,662 undi menewaskan Onn Abu Bakar yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR). – KOSMO! ONLINE