GUA MUSANG – Penyandang Kerusi Parlimen Gua Musang selama lebih 10 penggal, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li tewas tipis kepada calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Azizi Abu Naim yang memperoleh majoriti sebanyak 163 undi.
Tengku Razaleigh sebelum ini meneraju Parlimen Gua Musang selama 55 tahun yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN).
Mohd. Azizi yang merupakan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Gua Musang bertanding menggunakan logo Pas menang dengan 21, 826 undian manakala Tengku Razaleigh memperoleh 21,663 undi.- KOSMO! ONLINE