Kluang – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ir. Hasni Mohammed berjaya merampas kerusi Parlimen Simpang Renggam dengan memperolehi sebanyak 18,312 undi.
Dengan jumlah itu, Hasni yang juga Pengerusi BN Johor menang dengan majoriti 1,821 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) yang juga penyandang kerusi Parlimen Simpang, Maszlee Malik yang memperoleh 16,491 undi.
Dua lagi calon iaitu Mohd Fazrul Kamat daripada Perikatan Nasional (PN) memperoleh sebanyak 9,077 undi manakala Kamal Kusmin daripada Gerakan Tanah Air mendapat 251 undi
Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Simpang Renggam, Abdul Hakim Abd. Manap pada pukul 10.30 malam ini.-KOSMO! ONLINE