PETALING JAYA – Calon Pakatan Harapan (PH), Maszlee Malik tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Hasni Mohammad bagi kerusi Parlimen Simpang Renggam pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ia berikutan Maszlee Malik memperoleh sebanyak 16,491 di belakang Hasni yang mendapat majoriti dengan 1,821 undian.
Peratus keluar mengundi adalah 74.6 peratus bersamaan dengan 44,131 pengundi.
Pertembungan di kerusi parlimen itu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara BN, PH, Perikatan Nasional dan Pejuang.- KOSMO! ONLINE