JELEBU – Keputusan tidak rasmi Parlimen Jelebu terus memberi kelebihan kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Jalaluddin Alias, 59, apabila beliau menang dengan majoriti 8,178 undi.
Sehingga pukul 9.30 malam, beliau meraih 21,895 undi mengatasi Datuk Zulkefly Omar dari Pakatan Harapan (13,717 undi), Zaharuddin Baba Samion dari Perikatan Nasional (9,617 undi) dan Ahmad Fakhri Abu Samah dari Pejuang (266 undi).-KOSMO! ONLINE