PETALING JAYA – Keputusan rasmi menyaksikan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Ali Biju berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Saratok.
Menurusi keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), calon PN itu memperoleh sebanyak 19,223 undi dengan majoriti sebanyak 8,826.
Dalam pada itu, pencabarnya iaitu calon Gabungan Parti Sarawak, Giendam Jonathan Tait meraih sebanyak 10,397 undi manakala calon Pakatan Harapan, Ibil Jaya mencatat 1,221 undi.
Parlimen tersebut merekodkan sebanyak 69.26 peratus pemilih keluar mengundi bersamaan dengan 30,841 pengundi. – KOSMO! ONLINE