fbpx

PRU15: [TIDAK RASMI] Amirudin dahului Parlimen Gombak, diikuti Azmin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmin dan Amirudin. FOTO FAUZI BAHARUDIN

PETALING JAYA – Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH) yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari meninggalkan pencabarnya iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

Setakat pukul 10 malam ini, Amiruddin dilihat berjaya meraih sebanyak 44,500 undi berbanding Mohamed Azmin 30,960 undi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sementara itu calon Barisan Nasional (BN) Datuk Megat Zulkarnain Omardin meraih 16,761 undi.

Secara keseluruhan jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Gombak P.098 adalah seramai 206,744. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI