KOTA BHARU – Calon Perikatan Nasional, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man selesa mendahului pencabarnya, Datuk Nurul Amal Mohd. Fauzi daripada Barisan Nasional dengan majoriti 17,064 undi.
Tuan Ibrahim ketika ini memperoleh 22,846 undi manakala Nurul Amal dengan 5,782 undi.
Calon Pakatan Harapan, Prof Dr. Wan Ahmad Kamil Abdullah pula mendapat 4,300 dan Mohamad Rizal Razali daripada Gerakan Tanah Air dengan 281 undian.
Setakat pukul 10.04 malam, sebanyak 80 peti undi daripada 197 peti undi selesai dikira. – KOSMO! ONLINE