PETALING JAYA – Calon Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr. Mahathir Mohamad dijangka tewas apabila hanya menerima 222 undian bagi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ini berikutan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Armishah Siraj mendahului sebanyak 1,693 undi setakat pukul 8.30 malam tadi.
Jumlah pengundi yang berdaftar di kawasan itu adalah sebanyak 66,777 yang mana kiraan jumlah undi tidak rasmi bersamaan 3,584 undi.
Ia diikuti calon Perikatan Nasional, Mohd Suhaimi Abdullah (1,400 undi), calon Pakatan Harapan, Zabidi Yahya (269 undi), calon Gerakan Tanah Air, Mahathir Mohamad (222) dan calon BEBAS, Abdul Kadir (0). – KOSMO! ONLINE