fbpx

PRU15: [TIDAK RASMI] Asyraf Wajdi di Gerik, dikejar dua pencabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi.

PETALING JAYA – Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika ini mendahului, namun dilihat sengit dalam pertembungan tiga penjuru di Parlimen Gerik.

Setakat pukul 9.28 malam ini, dia yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dilihat berjaya meraih undian sebanyak 1,630 berbanding calon Pakatan Harapan (PH) Ahmad Tarmizi Mohd Jam (1,419) diikuti calon Perikatan Nasional (PN) Fathul Huzir Ayob (1,037) Sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Secara keseluruhan, jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Gerik P054 seramai 47,565.

Sebelum ini, kerusi Parlimen itu kosong selepas penyandangnya, Datuk Hasbullah Osman daripada BN meninggal dunia pada 2020. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI