PUTRAJAYA – Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr. Radzi Jidin mendahului di Parlimen Putrajaya dengan majoriti sebanyak 1,071 undi, setakat pukul 10 malam.
Radzi memperoleh sebanyak 5,987 undi meninggalkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebanyak 4,916 undi.
Ia diikuti calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Noraishah Mydin Abdul Aziz (2,259), Datuk Mohd. Rosli Ramli daripada Gerakan Tanah Air (338) dan dua calon Bebas iaitu Samsudin Mohamad Rahim (12) dan Lim Fice Bee (3).-KOSMO! ONLINE