fbpx

PRU15: [TIDAK RASMI] PH dahului 54 kerusi Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Keputusan terkini Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) menyaksikan Pakatan Harapan (PH) mendahului dengan 54 kerusi Parlimen setakat pukul 9.40 malam ini.

Ia diikuti dengan Perikatan Nasional (PN) sebanyak 36 kerusi, Gabungan Parti Sarawak (21), Barisan Nasional (20) dan Warisan iaitu satu kerusi.

Walau bagaimanapun setakat ini, keputusan rasmi di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mendahului lima kerusi di Sarawak.

Hari ini, seramai 20,853,681 pengundi menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih di 8,958 Pusat Mengundi bagi menentukan parti yang akan membentuk kerajaan baharu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI