KOTA BHARU – Penyandang kerusi Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan terus selesa berada di depan dengan kiraan undi sebanyak 5,654 undi mengatasi calon Barisan Nasional, Datuk Seri Rosmadi Ismail.
Setakat pukul 9.15 malam, Rosmadi memperoleh 2,084 undi manakala, calon Pakatan Harapan, Dr. Hafidzah Mustakim sebanyak 2,247 undi dan calon Gerakan Tanah Air, Prof. Datuk Dr. Che Musa Che Omar mendapat 62 undi. – KOSMO! ONLINE