SUBANG – Calon Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin kini mendahului carta undian di Parlimen Pagoh meninggalkan dua calon yang lain dengan 9,363 undi.
Kerusi Parlimen Pagoh memperlihatkan Muhyiddin bertanding bersama calon Barisan Nasional, Datuk Seri Razali Ibrahim serta calon Pakatan Harapan, Iskandar Shah Abd Rahman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). – KOSMO! ONLINE