SUBANG – Dua kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Anthony Loke kini tiba di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya sebentar tadi.
Lokasi tersebut menjadi pusat media Pakatan Harapan bagi keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Terdahulu, menerusi keputusan tidak rasmi , Anthony Loke mendahului empat calon lain di Parlimen Seremban.
Manakala, Dr. Wan Azizah pula turut dikatakan sedang mendahului calon lawan lain di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak. – KOSMO! ONLINE