PETALING JAYA – Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendahului di kerusi Parlimen Muar dalam kiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.
Menurut keputusan tidak rasmi setakat pukul 8.37 malam, beliau yang juga penyandang Parlimen itu meraih 17,859 undi meninggalkan pencabarnya iaitu calon Barisan Nasional, Mohd Helmy Abd. Latif (15,496) dan calon Perikatan Nasional Abdullah Husin iaitu 11,780.
Jumlah pengundi yang berdaftar di kawasan tersebut adalah sebanyak 68,925 yang mana kiraan jumlah undi tidak rasmi melebihi 65.4 peratus bersamaan 45,135 undi.
Terdahulu, pada PRU-14, Syed Saddiq yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) menewaskan penyandang kerusi Parlimen Muar ketika itu, Datuk Seri Razali Ibrahim (BN) dan Abdul Aziz Talib (Pas) dengan majoriti 6,953 undi. – KOSMO! ONLINE