fbpx

PRU15: Zahid tiba di WTCKL, pemimpin BN lain dalam perjalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan sudah berada di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini bagi menantikan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) malam ini.

Difahamkan, Ahmad Zahid tiba di WTCKL kira-kira pukul 8 malam tadi selepas mengundi di Madrasah Manbail Ulum Sungai Nipah Darat di Bagan Datuk, Perak siang tadi.

Selain beliau, beberapa pemimpin tertinggi turut dilaporkan berada WTCKL sejak pukul 8 malam tadi bagi menantikan keputusan penuh PRU15.

Beberapa pemimpin parti komponen BN juga dilaporkan sedang dalam perjalanan dari kawasan masing-masing untuk ke WTCKL.

Antara pemimpin itu termasuklah sebahagian Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO selain Presiden MIC, Tan Sri S. Vigneswaran dan Timbalan Presidennya, Datuk Seri M. Saravanan.

Zahid dijangka membuat pengumuman keputusan PRU15 bersama pemimpin BN yang lain malam ini selepas keputusan diperoleh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI