fbpx

Tunai tanggungjawab dalam PRU15, Fasha Sandha menangis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FASHA SANDA dan suami, Aidil sama-sama menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi pada PRU15 kali ini.

PETALING JAYA – Pelakon Fasha Sandha sebak hingga mengalirkan air mata ketika hendak melaksanakan tanggungjawab mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15), hari ini.

Katanya, barangkali perasaan teruja ingin menunaikan kewajipan kepada negara membuatkan hatinya mudah terusik.

“Kami sudah sedia untuk membuang undi bagi menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

“Entahlah tiba-tiba rasa macam nak menangis. Nampak tak air mata? Ada sebak, sedih, sayu.

“Saya doakan yang terbaik buat rakyat Malaysia,” katanya yang memilih menggayakan kebaya moden rona biru bermotif bunga tabur.

Pengalaman tersebut dikongsikannya menerusi hantaran video pendek dan gambar dalamn Instagram.

Pemilik nama penuh Nur Fasha Sandha Hassan, 38, itu ditemani suaminya juga aktor, Aidil Aziz, yang mengundi di pusat sama di ibu negara.

Pada masa sama, Fasha turut mengingatkan orang ramai supaya jangan culas melaksanakan tanggungjawab pada PRU kali ini.

“Saya minta tolong kepada semua rakyat Malaysia yang layak mengundi untuk berbuat demikian demi generasi akan datang,” katanya.

Sementara itu, Aidil pula dilihat sengaja mengusik isterinya yang sedang dalam suasana hiba bagi menceriakan semula insan kesayangan.

‘Over’, itu perkataan yang terpacul daripada bibir bintang Rampas Cintaku sehingga membuatkan Fasha tertawa.

“Aidil cakap ‘over’. Kita perempuan hati tisu, memanglah sebak. Apa perasaan kesayanganku (peminat) masa pergi mengundi?,” tulisnya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI