fbpx

PRU15: 14.6 juta keluar mengundi setakat 4 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan setakat pukul 4 petang tadi sebanyak 70 peratus atau kira-kira 14.6 juta rakyat Malaysia telah keluar mengundi.

Dijangkakan seramai 20,853,681 pengundi akan menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih di 8,958 Pusat Mengundi bagi menentukan parti manakah yang akan membentuk kerajaan baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Indera Ikmalrudin Ishak sebelum ini dilaporkan berkata, sebanyak 38,348 Tempat Mengundi (saluran) akan dibuka bermula pukul 7.30 pagi dengan melibatkan seramai 363,515 orang petugas.

Katanya, SPR berharap semua pihak mematuhi undang-undang, peraturan dan etika pilihan raya bagi memastikan kelancaran proses itu serta tidak menggugat ketenteraman awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI