fbpx

Dua kereta terbakar di Lembah Pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta jenis Honda Jazz dan Perodua Viva terbakar berhampiran Pusat Komuniti Lembah Pantai tengah hari tadi.

KUALA LUMPUR – Dua kereta musnah terbakar berhampiran Pusat Komuniti Lembah Pantai, Jalan Lembah Pantai, di sini, tengah hari tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Salmi Abdul Mukti berkata, panggilan kecemasan diterima sekitar pukul 12.37 tengahari.

Katanya, operasi jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dengan kekuatan seramai 11 anggota telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati kebakaran berkenaan melibatkan dua kereta.

“Kereta jenis Honda Jazz telah musnah terbakar sepenuhnya manakala, sebuah lagi kereta jenis Perodua Viva terbakar 50 peratus.

“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 12.51 petang dan dipadam menggunakan dua aliran salur bantu mula,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, tiada mangsa terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Jelasnya, operasi seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI