fbpx

Kereta rempuh gerai salai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kedai yang dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Kancil, di Rembau awal pagi tadi.

Oleh NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Seorang peniaga ikan salai di Gerai Majlis Daerah Rembau (MDR) Kampung Sungai Layang, dekat sini, terkejut apabila kedai yang diusahakan sejak lebih 12 tahun lalu dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Kancil, awal pagi tadi.

Peniaga berkenaan, Hasiah Harun, 57, berkata, dia mendapat tahu mengenai insiden berkenaan kira-kira pukul 12.20 tengah malam dari rakan peniaga di lokasi berkenaan dan bergegas ke lokasi kejadian bagi melihat keadaan kedainya itu.

Menurutnya, sebaik tiba, dia melihat kereta berkenaan telah merempuh ruangan salai di hadapan kedai dan dua lagi kedai juga turut terkena tempias kerosakkan dari rempuhan berkenaan.

“Selama saya meniaga belum pernah lagi berlaku kejadian kereta merempuh kedai di sini. Susulan kejadian ini, tiga khemah berpayung rosak, satu kanopi rosak dan dua tempat menyalai juga runtuh.

“Peniaga yang meletakkan kenderaan di gerai juga kemek pintu keretanya kesan dari rempuhan berkenaan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Hasiah berkata, dia bagaimanapun berasa lega apabila yang melanggar gerai berkenaan mahu bertanggungjawab dan membayar segala kerosakan.

“Tempat menyalai bukanlah murah, jadi bila dia mahu tanggungjawab saya rasa lega dan perniagaan salai ini akan dibuat kembali sebaik sahaja ia siap dibaiki semula,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI