fbpx

PRU15: Lebih 12 juta keluar mengundi setakat 2 petang – SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana pengundi beratur menunggu giliran untuk membuang undi dalam tinjauan pada hari mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Semenyih sempena Pilihan Raya Umum ke-15 di sini, hari ini. Gambar: MUHAMAD IQBAL ROSLI

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan setakat pukul 2 petang tadi sebanyak 58 peratus atau kira-kira 12.1 juta rakyat Malaysia telah keluar mengundi.

Dijangkakan seramai 20,853,681 pengundi akan menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih di 8,958 Pusat Mengundi bagi menentukan parti manakah yang akan membentuk kerajaan baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Indera Ikmalrudin Ishak sebelum ini dilaporkan berkata, sebanyak 38,348 Tempat Mengundi (saluran) akan dibuka bermula pukul 7.30 pagi dengan melibatkan seramai 363,515 orang petugas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI