KLUANG – Hari pengundian hari ini diharapkan akan berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku khususnya melibatkan keselamatan negara.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pihaknya juga berterima kasih kepada semua yang bertanggungjawab memastikan perjalanan kempen selama 14 hari juga berjalan dengan baik tanpa sebarang insiden yang boleh mengugat keamanan.
Beliau juga menyatakan penghargaan kepada pihak media yang bertugas dengan penuh tanggungjawab sepanjang tempoh kempen berjalan disamping kerjasama semua pihak dalam melancarkan proses demokrasi di negara ini.
“Rakyat akan menentukannya hari ini dan apa juga keputusannya nanti kita sama-sama pastikan usaha untuk memastikan negara kearah lebih membangun dengan maju, makmur, bersatu dan stabil,” Katanya ketika ditemui pemberita.'[
Terdahulu, Hishamuddin dan isterinya, Datin Seri Tengku Marsila Abdullah mengundi di Sekolah Rendah Agama Taman Sri Lambak kira-kira pukul 10.55 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE