fbpx

Kehadiran Puteri Al-Sultan Abdullah turun mengundi curi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang dimuat naik di media sosial @JatIkhwan.

PETALING JAYA – Kehadiran tiga pengundi yang merupakan puteri kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri-ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Talam, Kuantan mencuri perhatian pengundi lain.

Seorang pengguna Twitter, @JatIkhwan memuatnaik gambar para puteri yang cantik bergaya dengan busana pilihan masing-masing sewaktu tiba ke SK Talam untuk menunaikan tanggungjawab mereka mengundi.

“Anak-anak gadis YDPA Sultan Abdullah tiba di SK Talam. Saya baru tahu rupa-rupanya anak-anak raja juga mengundi,” kata Ikhwan menerusi kapsyen hantarannya.

Hantaran tersebut seterusnya mengundang pelbagai reaksi daripada para netizen yang rata-ratanya juga baru mendapat tahu bahawa mereka juga rupanya keluar mengundi.

“Saya pun baru tahu juga. Mungkin cuma Sultan, Agong dan Permaisuri sahaja rasanya yang tidak perlu mengundi,” tulis seorang pengguna menerusi ruangan komen hantaran tersebut.

“Kebiasaannya, hanya Raja, Permaisuri dan Pewaris Utama iaitu Raja Muda atau Tunku Mahkota saja yang tidak akan mengundi untuk menunjukkan bahawa mereka tidak memihak kepada mana-mana ideologi,” jelas seorang netizen menerusi ciapannya.

Dalam pada itu, terdapat juga pengguna yang memuji penampilan mereka yang disifatkan ringkas tapi anggun bergaya.

“Rasa hendak bergaya pula apabila melihat mereka yang cantik berbaju kurung,” ciap seorang netizen.

“Baju kurung kelihatan ringkas dan manis mata memandang. Bahan kain cantik ditambah pula dengan pemakainya yang sememangnya lawa. Sangat mempersona,” puji seorang pengguna Twitter lain.

Rentetan itu, hantaran gambar tular itu berjaya meraih sebanyak 4,951 ciapan semula, dan 16,000 tanda suka setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI