fbpx

PRU15: Hairul Azreen, isteri akhirnya mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN selebriti popular, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha akhirnya keluar mengundi selepas gagal berbuat demikian pada PRU14 lalu.

PETALING JAYA –  Paling ditunggu-tunggu. Pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha akhirnya turun membuang undi buat kali pertama, sekali gus menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Menerusi video hantaran dalam Instagram, Hanis atau nama lengkapnya Hanis Zalikha Zainal Rashid dan suami memaklumkan sudah selesai membuang undi buat kali pertama kali.

Perkongsian pasangan itu meraih perhatian netizen dan rata-rata sangat berbangga dengan tindakan Hairul dan Hanis.

“Alhamdulillah akhirnya. Barang yang lepas jangan dikenang wahai netizen semua,” ujar pengikut.

“Bagus lah. Sebagai selebriti kenalah tunjuk contoh yang baik,” tutur netizen.

“Tahniah dan selamat menunaikan tanggunjawab untuk negara,” kata peminat.

Pada PRU14 yang lalu, Hairul dan Hanis menerima kecaman hebat kerana tidak menjalankan tanggunjawab sebagai rakyat Malaysia turun mengundi.

Pasangan itu mengakui ralat kerana tidak menjalankan tanggunjawab pada PRU-14 atas tuntutan kerja yang tidak dapat dielak.

Untuk PRU15 kali ini, sebelum tiba hari pengundian lagi, netizen sudah tertanya-tanya sama ada pasangan tersebut akan turut sama menjalankan peranan sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab atau masih mementingkan urusan lain. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI