fbpx

Selebriti terkenal pakat tunjuk jari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selebriti popular negara juga tidak ketinggalan menunjukkan jari berdakwat masing-masing.

PETALING JAYA – Bukan sahaja orang awam malah golongan selebriti terkemuka negara juga tidak ketinggalan menunjukkan jari berdakwat masing-masing di media sosial.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza antaranya, berkongsi video perjalanannya ketika proses membuang undi dipercayai di Parlimen Bandar Tun Razak.

Melalui Instagram ctdk, beliau yang dilihat tidak kekok berbaris menunggu giliran bersama orang ramai menerusi kapsyen videonya berharap dan mendoakan supaya negara dikurniakan pemimpin berwibawa.

“Perjalanan mengundi saya hari ini. Keadaan tenang semoga Allah SWT berikan kami pemimpin yang amanah dan berwibawa serta menjaga rakyatnya dengan baik. Aamin,” katanya.

Dalam masa sama, peminat Siti Nurhaliza turut menyatakan keterujaan dengan perkongsian penyanyi kesayangan ramai membuang undi bersama pengurusnya, Rozi Abdul Razak itu.

“Sanggup beratur lama kalau satu tempat mengundi dengan Tokti,” ujar Sulaimanazmn.

“Aku kalau satu tempat dengan Tokti, bosan-bosan tunggu beratur suruh dia buat mini concert kejap hilang letih,” seloroh Thesyahirjohan pula.

“Untung dapat jumpa dengan dia ni. Kalau aku dah melompat-lompat tak tentu arah,” komen ct.sally.79.

Selain itu pelawak dan pengacara terkenal Nabil Ahmad, personaliti radio, Fara Fauzana serta pelakon dan penyanyi Naim Daniel juga dilihat turut menayangkan jari berdakwat di Instagram masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI